The Holy Prophet said, " Surely heart get rusty just as iron gets rusty in water." He was asked how the heart's rusty could be removed and he replied, "By frequent remembrance of death and recitation of the Qur'an".
..:: JADILAH AN-NISA YANG BERPIJAK DI BUMI, NAMUN CITA-CITA TERGANTUNG DI LANGIT NAN TINGGI ::..
Friday, December 16, 2011
Sunday, December 11, 2011
This video has been deleted 3x from facebook and youtube.
take a look first..
subhanallah..may they all are under Allah protection..insyaAllah..Allahuakbar!..
11 Jenis Manusia Yang Akan Didoakan oleh Malaikat
11 Jenis Manusia Yang Akan Didoakan Oleh Malaikat
PERCAYA kepada Malaikat adalah antara rukun iman. Ada Malaikat yg ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yg didoakan Malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yg kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan tambahan Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan. Bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan daripada Malaikat. Antara orang yg mendapat doa Malaikat ialah:
1. Orang yg tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :“Sesiapa yg tidur dalam keadaan suci, Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” [Hadith Riwayat Muslim.]
2. Orang yg sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci kecuali di kalangan Malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." [Hadith Riwayat Muslim.]
3. Orang yg berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas orang yg berada pada saf depan.” [Hadith Riwayat Muslim.]
4. Orang yg menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yg menyambung saf.” [Hadith Riwayat Muslim.]
5. Kalangan Malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Bila seorang imam membaca ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai,maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yg ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat maka dia akan diampuni dosa2nya yg lalu.” [Hadith Riwayat Muslim.]
6. Orang yg duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Kalangan Malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.” [Hadith Riwayat Muslim.]
7. Orang yg melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yg sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan Malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?' Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat." [Hadith Riwayat Muslim.]
8. Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan orang yg didoakannya adalah doa yg akan dikabulkan. Di kepalanya ada Malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, Malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yg ia dapatkan.'" [Hadith Riwayat Muslim.]
9. Orang yg membelanjakan harta (sedekah). Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yg berinfak..(sedekah)." [Hadith Riwayat Muslim.]
10. Orang yg sedang makan sahur. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yg sedang makan sahur." [Hadith Riwayat Muslim.]
11. Orang yg sedang melawat orang sakit. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 Malaikat untuknya yg akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." [Hadith Riwayat Muslim.]
credit to: Enco Encho
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)..

Monday, December 5, 2011
Catatan Hati Insan yang Kita Kenali-Prof Dr. Muhaya Hj Muhamad
"..kita bukan mengajar sebab nak tunjuk banyaknya ilmu di dada, tp kita mengajar untuk memebri makna dan kesan kepada pelajar/murid-murid kita.."-prof dr. Muhaya hj Muhamad.
Sunday, December 4, 2011
AMALAN SURAH-SURAH PILIHAN
perkongsian untuk hari ini..:)
JOM!..mari kita segarkan rohani kita dengan mengamalkan surah-surah pilihan^^ yang mana terdapat khasiat dan manfaat untuk ruh kita..yuk2 rakan2..mari kita amalkan bersama2^_^..*ingatan dan amalan untuk penulis juga:))
Surah Al-Kahfi
1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah bersabda :
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Hadis riwayat,Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)
2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
(Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)
3. Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)
Surah Yaasiin
1. Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali."
(HR Al-Tarmizi)
Surah Ad-Dukhan
1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda :
"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
(HR Ibnu Katsir)
Surah Al-Waqiah
1. Daripada Abi Dhibah. "Telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a. Beliau bertanya : "Apa yang kamu adukan?" Abdullah menjawab : "Dosa-dosaku." Dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab :"Rahmat Tuhanku." "Perlukah saya panggil doktor?" Beliau menjawab : "Doktor lebih sakit daripada saya." Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.........." Abdullah menjawab : "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab : "Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."
Surah Al-Hasyar
1. Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
(HR At-Tarmizi)
Surah Al-Mulk
1. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah) : "Sesungguhnya saya marah." Allah s.w.t berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."
Nabi s.a.w bersabda :
"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian."
Anas berkata :
"Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan".
(HR Ibnu Katsir)
SUMBER : AMALAN SURAH-SURAH PILIHAN, FATHILAT DAN KHASIATNYA
EDITOR PENYELENGGARA : HAJI JOHARI HAJI ALIAS
TERBITAN DARUL NU'MAN
credit to:DOODLE DAKWAH ^_^
Saturday, October 29, 2011
Friday, October 28, 2011
TANAH LIAT oo TANAH LIAT
CERITANYA BERMULA DI SINI...mula-mula, ADIB minx carikan ........

"angah2..mana diat??..ala diat tu..yang macam nie(wat mcam bentuk kotak tanah liat/plastisin tu)", adib cakap.
" diat??..apa tu??..yang mana??..angah xtau la..*dalam otak duk pening apa la dak kecik nie nak..=_=".."..
adib cakap ag.." ala yang diat tu"...sambil cari2, kobek lam almari..mnx dicarikan ag..
si angah ni lak garu2 la kepala..apekebenda la budak ni cari..
pas tuuuuuuu...
dye tnjuk kotak crayon..dye kata diat tu mcm tu..HA HA HA HA HA..APA AG GELAK GULING-GULING LA ANGAHNYA..rupa-rupanya..TANAH LIAT..nak main TANAH LIAT..
oleh sebab dah malam..kesian pulak kt dye..teringat lak kakak senior yang ada wat tanah liat sendiri masa kat ekspo koku dlu..
HA HA HA..

TINGGGGGG!!!!..
si angah ni terus dapat idea...wat tanah liat sendiri.YES2!..HA HA..
THEN..ajak la si kecik adib ni..
"meh2 adib, kita wat tanah liat". angah says..hihihi
"nak wat TANAH LIAT??..wahhh..".adib says..
ngeh3..
actually..boley je beli plastisin kt kedai..singgit ja satu kotak pun..dlu2 beli 80 sen..ha ha..tapi adib is 5 years old..so, sangatlah sesuai untuk dya dari segi psikolgi perkembangan psikomotor halus dye..iaitu pergerakan jari-jemari kanak2.
++++..
TANAH LIAT nie sangatlah TIDAK MERBAHAYA kepada kanak2..^^
oki..lets proceed to CARA NAK WAT TANAH LIAT SENDIRI.
BAHAN-BAHAN:
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan garam halus
* 1 cawan air
* 1 sudu makan minyak minyak masak.
* beberapa warna jenis warna
Cara-cara membuatnya:
* Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak untuk mengelakkan doh menjadi keras.
* Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.
* Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.
* Doh ini boleh digunakan untuk aktiviti didalam kelas sama ada membentuk huruf dan nombor atau objek lain.
TARAAAA!!!!!

JADI DAAHH..hihihihi
boleyla cuba dirumah
![]() |
| tengok tang ni ( |
nak wat cam ni ka...
![]() |
| angah pun xdapet nak wat cenggini..hebakkan mereka=D |
selamat bermain
Thursday, October 27, 2011
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu???"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah :)
sumber: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.blogged.my%2Fgotopingbar.php%3Fping%3D265500&h=HAQHsSxtD
Wednesday, October 12, 2011
CONGRATULATIONS TO KAKAK!.:p
*congratulations...to both of u yg da grad..n hopefully kakak will strive for excellence for next step..caya laah..i'll follow u for two more years..insyaAllah.=D
Tuesday, August 16, 2011
Cantiknyaa..^^
Saya suka tengok perempuan cantik..anda bagaimana??.. he he he..
Subhanallah..bgitu takjub dengan kbesaran Allah..melihat ciptaannya yg sungguh sedap mata memandang..cantik2 blako..hee..
| *gambar sengaja tidak diedit tuk mem'blur'kan pdngan org len..he he |
*first time jmpa umi -face to face-..first impression..whaaoooooo!!.smpai lupa nk ckap 'selamat berkenalan'..he he..so better late than never..Nice to Meet U , Umie..:)
last but not least..
so..slalu lah ucapkan alhamdulillah ..^_^..
xlupa..farah sayang kalian kerana Allah s.w.t..:)..
pen off now...zZzzz..
Sunday, July 31, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Wordless Wednesday #WW
Assalamualaikum...

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
=_="
Friday, June 10, 2011
KISAH "HATI"
source from n editted by : Qasih Ilahi Ana (credit to her..syukran Ana:)..)
Semua orang punyai hati.Sejauh mana kita kenal hati kita? Sejauh mana kita tahu kendalikan hati kita? Sejauh mana kita tahu apa yang hati kita boleh lakukan?Ana nak share 1 cerita y ana baca di blog. Tentang betapa luasnya hati kita..
Kisah seorang pemuda yang sedang dirundum berbagai masalah, sehingga menjadikannya putus harapan. Seharian dia duduk termenung meratapi kesedihannya.Tidak jauh dari situ ada seorang tua yang memerhatikan pemuda yang dalam kesedihan itu.
Maka dihampirilah pemuda itu dan berkata “anak muda apa yang sedang kamu fikirkan sehingga membuatkan kamu menjadi lemah dalam kesedihan?”
Pemuda itu menjawab “Apa pakcik peduli! pakcik tidak akan mungkin dapat merasakan apa yang saya alami saat ini…!”
Dengan sabar orang tua itu berkata “Nak… memang pakcik tidak dapat merasakan beratnya beban yang ada dalam hati dan fikiran kamu, tetapi pakcik hanya ingin menjemput kamu untuk minum bersama di rumah pakcik… ayuh nak?”
Tanpa membantah pemuda itu pun mengikuti orang tua tersebut.
Sesampainya di rumah, orang tua itu membawakan segelas kopi panas dan diberikan kepada pemuda tadi “silakan minum..” kata orang tua itu.
Dan tanpa segan silu lagi pemuda itu meminumnya dan setelah meminum kopi tadi pemuda itu berkata dengan marah “cuah….pahit sekali kopi ini, apa maksud pakcik?!”
Orang tua itu hanya tersenyum “sekarang bawa kopi pahit yang kamu minum tadi setelah itu campurlah kopi itu dengan air tasik yang ada di belakang rumah pakcik ini” perintah orang tua itu.
Semakin tidak mengerti pemuda itu tetapi dia menuruti perintah pakcik itu.
Kemudian orang tua itu berkata “sekarang kamu minum air tasik yang telah kamu campur kopi pahit itu”
“Masih berasa pahitkah air yang kamu minum ?” kata orang tua itu lagi.
“tidak …. yang ada hanya rasa tawar” jawab pemuda
Dengan tanda tanya ” apa maksud dari semua ini” kata pemuda itu lagi.
Dengan tersenyum, pakcik itu memberikan penjelasan:
” Jika hati kita seperti cawan maka kita tidak akan pernah boleh menerima kenyataan dan masalah hidup yang datang silih berganti,sebab ukuran cawan untuk menerima sesuatu itu adalah terbatas. Kadangkala pahit dan kadangkala pula manis.
Akan tetapi kalau mempunyai hati yang luas seperti tasik, kita akan selalu menerima kenyataan yang kadangkala pahit dan menyakitkan dengan berlapang dada.. Kepahitan sesuatu masalah tidak akan merosakkan hidup kita..”
Secara teori memang senang untuk menjadikan hati yang luas yang selalu menerima apa adanya tetapi dalam kehidupan yang sebenarnya sangatlah sukar. Walaupun begitu kita perlu berusaha untuk belajar agar diri kita terlatih dalam menghadapi masalah kehidupan. Semoga kita di beri keluasan hati oleh Allah bukan hati yang sempit seperti cawan, tetapi lebih dari itu.
Edited by : QIA
*diambil dari Qasih Ilahi Ana..syukran again ya ana..moga kisah ini mmberi satu renungan tuk kita semua..:)..
Thursday, June 9, 2011
YES!!..I DO!!..
Salam..
YES..I DO BELIEVE THAT....
I LOVE BIOLOGY SO MUCH!!..

hahahahak..all about biology!..luv'it..muahahaha
ok done!..nak makan!..hahak..see u again >.<..ehe..wassalam:))
いただきます!bismillah...
+
| cup cakes!..とても おいしい です(sangat sedap)!!.. |
Sunday, May 15, 2011
EXAM FEVER!!..PEMBUKA BICARA^_^

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum...

Lama angah xjengah2 blog..da bersarang dan makin bersarang..ahaha..mood update xdtg..sbb tu la bior aje wat smentara..maaf wat pembaca2 yg view my blog sbb lma x update any issues or topik that can give us some refreshment dalm jiwa kita kan..insyaAllah..jika ada kelapangan masa nnti, angah akn update new things..:)
![]() |
| study2^^ |
SCE3105 (fizik dalam kehidupan seharian)
SCE3106 (pedagogi dalam subjek sains)
EDU3104 (pngurusan bilik darjah)
PJM3106 (anatomi dan fisiologi ..mcm jururwat belajar)
last but not least...
BMM3101 (pengajian sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah)
>sume subjek tentang nak jadi cikgu dan cekgi..ini lah perkara2 yang perlu kami MASTER tuk semester ni..tanpa ilmu dan asas2 yang diterapkan ini, sudah pasti kami tidak mampu untuk memgang tanggungjawab sebagai guru cemerlang..betul kan??..
Dalam membaca dan terus membaca ..dan dalam usaha dan terus usaha nie, pasti di antara kita yang terdetik rasa penat dan lelah..dan kadang kala result kita xda la segempak seperti usaha kita..betul x??..im also had experience this. bila kta tgok result, subhanallah kecewa yang amat..~_~...
TAPI ikhwah dan akhawat sekalian...
![]() |
| La tahzan..*credit to www.waraqat.net |
LA TAHZAN, INNALLAHA MA' ANA..(nasihat Rasulullah s.a.w kpada shabat baginda)..yang membawa maksud..'jangan bersedih dan berdukacita, Allah bersama kita...
credit to http://comicsfrommuslimah.blogspot.com/2010/08/jangan-bersedih.html
Perkara yang angah ini kaitkan di sini, jika kita xdpat capai keputusan yang kita inginkan, itu xbermakna kita gagal selamanya dan itu tidak bermakna Allah xsayangkan kita..mngabaikan kita..TETAPI..Allah nk kita usaha lagi.. check balik apa yang kita usahakan tu betul2 selaras dengan apa yang kta inginkan x?..check balik setiap kekurangan dan teknik2 study kita..mgkin tnpa kita sedari, kita da tercilap teknik belajar..haa..kan..
kadang2 Allah nk kita usaha lagi..sbb Allah sayang kan kita..Allah nak dgr rintihan kita..lagi satu mungkin jika Allah beri kecemerlangan kita pada waktu yg xsesuai, kta mgkin lupa padaNya..mnjadi bongkak dan bangga diri dan mengatakan setiap kecemerlangan yg digarab itu kerana hasil usaha snirik dan bukannya sebab Allah...subhanaAllah..salah tuu taww..
firman Allah..
" And it may be that you dislike a thing, which is good for you and that you like things, which is bad for you. Allah knows but you do not know" (surah Al-Baqarah 2:216).
Masih kuat di ingatan pesanan sahabat:
..'...setiap kejayaan datangnya dari Allah s.w.t..'...(syukran2..:))..)
oleh itu bersyukurlah..:)..sentiasa kena semangat dan teruskan usaha..USAHA, USAHA, USAHA..!!
Allah lebih mengetahui dan memahami kta sebab Dia lah pencipta kita..we need to face all the obstacles to achieve the greatness..bukan saja in exam but in mujahadah kepada Allah..perlu kuat dalam menghadapi setiap ujianNya..insyaAllah..untuk ingatan angah juga..
![]() |
| ingat taw!..pasti Allah beri jalan kepada setiap insan yang tidak pernah berputus asa :).. |
oleh itu, REMEMBER THIS (kata2 yg sentiasa dipegang oleh seorang doktor yg berjaya..*xingat dah nama apa..ehehe)..
NEVER SAY NO, NEVER SAY NEVER, NEVER SAY GIVE UP!!..
..SEMANGAT DAN TERUS SEMANGAT MENCARI KEREDHAAN DARINYA..
![]() |
| Add caption |
BELAJAR DAN TERUS BELAJAR..jom dapat DEKAN!!..^_^
![]() |
| Add caption |
sentiasalah..USAHA+DOA+TAWAKAL= result GEMPAK PUNYE!!..insyaAllah..may Allah ease~
GOODLUCK!!..GANGBATEKUDASAI!!..INSYA-ALLAH BOLEH!!..
![]() |
| HEHEHE..AMINN.. buat hari ibu..akan angah hadiahkan kecemelangan..:D..insyaAllah:)) |
Aja2 fighting wat rakan2 yang akan amek exam mnggu ni dan minggu depan..semoga berjya..
![]() |
| tehehe..ingt pesan cikgu bila peperiksaan nanti..^_^ |
dan akhir sekali...
SELAMAT HARI GURU
![]() |
| from teachers, we gain knowledges n experiences:D |
![]() |
| hehehe..pasti anda..anda dan anda pernah merasakan diri kena rotan ^_^V..peace! |
*abaikan ayat2 yg rojak..my bad T_T..huu..
Thursday, March 17, 2011
4 Perkara Yang Perlu Dijaga
"Setiap hamba pada Hari Kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana sebelum disoal tentang empat perkara : 1.Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula? 2. Masa remajanya, bagaimana dia menghabiskannya? 3. Harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia m'belanjakan? 4. Ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)
*renung2kan dan selamat beramal^_^
*renung2kan dan selamat beramal^_^
Friday, February 11, 2011
Alhamdulillah..segalanya telah berakhir..^^
![]() |
| Final friday-where Muslims did solat jumaat in Dataran Merdeka, Cairo, Egypt |
Alhmdulillah..tanggal 11 februari 2011.. Muhammad Hosni Sayyid Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Republik Arab Mesir Ketiga.
jom kita terjah catatan selanjutnya dalam Malam Ini Kita Semua Adalah Misri! oleh Saiful Islam..
terima kasih..syukran jazilan~
Qirah Isa 1st Giveaway
im very supporting her..hope that i'll be the luckiest person in her GA..hehehe..mari2 join GA ini sebelum terlambat..^_^
klik JOIN tuk join this GA
oki..2 persons that i wanna tag are:
fazzy fazzyana
miera momo chan
Friday, February 4, 2011
MAKNA DI SEBALIK LAGU BINNABIL HUDA^_^
Alhamdulillah..pda mlm nie angah nk kita selongkar makna lagu Binnabil Huda yg angah pilih sebagai lagu blog angah..lagu ini merupakan satu selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Hayati dan mari selawat beramai2..^_^..
BINNABIL HUDA
Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
tima kaseh n credit to http://pelajaryangbelajar.blogspot.com/2010/12/lagu-binnabil-huda.html...
Monday, January 31, 2011
A REAL PIC OF EGYPT PROTEST!!
Take a look..http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/
this link will bring you to see a real pictures n incidents that happen in Egypt..
Lets pray together for Malaysians students there..Hope they are always under Allah's protection..amiinn..
*http://cahayatemansejati.blogspot.com/2011/01/ya-allah-berilah-kemenangan-pada-umat.html
tenx and credit to nur khalilah hassan for da news n link that she'd provide..=)

Sunday, January 30, 2011
Yang ni angah copy paste dari blog.ariff yang menceritakan serba sedikit tentang
keadaan sebenar pelajar Malaysia di Malaysia..Bila da baca bru tau,
keadaan mereka x mcam yg disangka..mksudnya..keadaan di sana huru hara..
keselamatan pelajar Malaysia tidak tenteram..mari sma2 heboh kan berita ini..
moga ngan hebahan ini mereka segera mendapat bantuan..insyaAllah..
[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
by ARIFF on JANUARY 31, 2011 · 17 COMMENTS · in BERITA

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar KitaJika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia
So what can you do now?
- Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
- Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
- Share this on Facebook.
*tenx n credit to http://ariffshah.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)