Ini merupakan satu kisah. Kisah pada saya sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Sesuatu kenangan pahit untuk kami sekeluarga. Namun, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Allah buangkan rasa sedih jauh-jauh dalam hati kami. Sehinggakan yang nampak adalah kegembiraan walaupun di dalam hati terselit kesedihan. Kesedihan tidak dirasai. Bantuan dan sokongan rakan-rakan menyebabkan hilang rasa sedih. Rezeki Allah mencurah-curah. Ramai orang memberi bantuan dan pertolongan seikhlas hati.. Semoga Allah sentiasa memberkati..Amiin. Tatkala menaip untuk diceritakan kisah ini, air jernih sudah bertakung di mata. Allahu allah..Bukan kerana sedih. Tetapi mengingatkan segala pertolongan Allah sepanjang perjalanan selepas ujian diberikan.
Saya ada ceritakan perkara ini pada ustazah pada reunion di sekolah..Ustazah Noorhashimah :)..cerita dan cerita..hati sebak..tapi cerita dengan muka senyum dan gelak.. Sebak bila ustazah kata ' ni farah da senyum-senyum dah, gelak-gelak dah..farah ni kuat..tabah.'..Masya Allah..insyaAllah ustazah..saya akan kuat selalu :)..rinduu pada ustazah :).. Saya xceritakan pada semua..Berita mengenai kebakaran rumah sy cepat tersebar..siapa sumbernya..saya pun tak tahu..tapi itu semua gerak hati yang Allah berikan pada setiap hamba-hambaNya..(Hati itu Allah yang pegang, bukan aku, bukan kau-Hlovate) mungkin dari E (fadzli) rakan saya dari kecik (dari ngaji hingga sekolah menengah)..cepat2 E kawin..:). Ayah E kawan ayah saya..Jadi kami sekeluarga kenal dengan keluarga E. mcm adik beradik dah. E yang sedar kebakaran rumah saya.. kemudian, E telefon saya dan jelaskan segala..Syukur Allah masih sayangkan kami..Tiada siapa di rumah kecuali Yuyu n Yoko..Mungkin kedua-duanya mati dalam kebakaran.. :( ..Pada ketika itu, sy baru berbalas mesej dengan ummi..Ummi abah masih lagi di kampung. Mok demam muntah..itulah asbab yang Allah nak beri..Asbab abah n umi xbalik pada hari berkenaan tapi balik keesokan harinya. Umi terkejut abah boleh menerima.
E dan ayahnya tolong setelkan hal di rumah Perlis. Abah n umi balik keesokan harinya dalam keadaan tenang. Redha dengan apa yang tinggal. Saya xley nk drive..lembik lutut..Satu kelas teman saya balik..Terima kasih semua yang sudi datang dan beri sumbangan, Terima kasih acap(asyraf) sbb tolong drive kereta dan yakin dengan minyak Rm5 untuk sampai ke perlis..he he..
Adik(aby) nangis tatkala melihat komputernya abih terbakar, kura-kura amanat kakak mati, yuyu n yoko yang hilang tiada pengganti..:(..tapi adik kuat..adik cakap..'Jahat..sapa yang main mercun bakar rumah perlis'..huhu..Allahu Allah..
#Ujian Allah..satu..pada hari ahad (8 julai 2012), qirah dan tim accident ketika dalam perjalanan datang ke kuliah dari perlis. Belum habis dengan kejutan itu, keesokan harinya rumah saya terbakar..dakpa..Allah nak uji :)..Saya nak cerita semuanya. Biar ia jadi kenangan yang tidak pernah lupa.
Surah Al-Baqarah..ayat 155
" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar' (2:155)
Surah Az-zumar ayat 10
' Katakanlah (Muhammad), " Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnaka pahalanya tanpa batas' (39:10)
'Ujian itu satu TARBIAH. TARBIAH dari Allah supaya hamba-hambaNya tidak lalai dalam urusan dunia dan ingat akan urusan akhirat. Janji Allah itu pasti ada untuk hamba-hambaNya yang sabar. Semoga Allah kuatkan hati hamba-hambaNya. InsyaAllah. Alhamdulillah :) ' (farazatie : 1200 am, Rabu 11 Julai 2012).
#rumah perlis = adib panggil rumah terbakar di perlis 'rumah perlis'.
Beberapa keping rumah perlis terbakar :
ruang tamu
dapur- bilah kipas besi yang cair masih tergantung
dapur
dapur
bilik saya
rumah terbakar.pohon-pohon masih melambai hijau ibaratkan tiada apa yang berlaku
bilik saya. Total lost.
ruang tamu
yoko :'(
bilik achik yang selamat
The Ends :)
BE HAPPY! ^_^
Meoww!..(dalam poket..hehe)..















No comments:
Post a Comment